Tengah
bekerja, Domino’s Mid Valley takde lah busy mana J
Ada abang pakai kupiah datang sorang je. Aku ambik Order. Lepas ambik order aku
pun bt kerja aku. Act aku perhatikan abang tu sebab abang tu baca buku yang
pelik bagi orang tapi dah biasa bagi aku. Sebab aku pernah selak dan baca buku
tu. Hahaha aku tak ingat tajuk. Setiap kali di abaca buku. Aku perhatikan dia
and dia pandang aku lepastu senyum. Aku pun senyum balik. Lama jugak dia duduk
kat situ. Pukul 8.50pm baru dia balik. Sebelum dia balik dia ada tulis sesuatu
kat kertas. Aku lalu and aku baca. MATI. Dalam hati aku ‘Mati? Ya Allah..’ Then
abang tu pergi bayar kat kaunter. Aku pun pergi clean table abang tu and aku
baca kat kertas tu. Aku nak kertas tu so aku minta izin kat abang tu ‘bang
kertas ni…’ belum sempat aku habis cakap dia dah balas ‘boleh simpan’ dari cara
dia bercakap dia seorang yang tegas. Aku balas ‘terima kasih bang J’
aku terus kebelakang and baca MATI
MAhu tahu rahsia
Kejayaan? Kejayaan sebenar ialah dalam agama. Kehidupan sementara dunia tiada
kejayaan, gembira bertukar duka, susah menjadi senang. Tiada yang kekal….
Allah ciptakan
dunia sebagai kertas ujian dan akhirat sebagai tempat tinggal. Kita isi kertas
uian dan kemudian meninggalkannya. Apabila masuk kubur dapatlah kita lihat
jawapan sebenar kertas ujian ini.
Terima hakikat
ini ! Dunia hanyalah sementara. Tiada nilai tiada kekal. Tempat sebenar kita di
akhirat. Kehidupan kekal abadi, kebahagiaan yang berkekalan atau sengsara tiada
pengakhiran.
Iman, INILAH
BENDA YANG PALING BERNILAI UNTUK DIRI KITA DALAM HIDUP DIDUNIA ATAUPUN AKHIRAT.
DAPATKAN IMAN WALAUPUN DUNIA TERPAKSA DIGADAI. KALAU KAMU MENYESAL DI DUNIA,
SESALAN SEMENTARA, JANGAN MENYESAL AKHIRAT, SESALAN ABADI.
-ABDLLH-
Masa
ondeway balik rumah. Aku asyik baca kertas ni. Mendalam maksudnya.