Sultan Muhammad Al-Fateh

Sultan Muhammad Al-Fateh

Siapa dia Sultan Muhammad Al-Fateh? Di negara manakah dia mentadbir. Dari keturunan manakah Baginda? Kenapa beliau diberi gelaran Al-Fateh? Kenapa dia patut dijadikan idola?
I will answer all this question

Sultan Muhammad Al-Fateh adalah Sultan ketujuh Kerajaan Uthmaniah turki. Baginda Mentadbir di negara Turki. Dari keturunan Bani Uthmaniah Turki. Baginda diberi gelaran Al-Fateh kerana Al-Fateh bermaksud 'Penakluk'. Baginda patut Dijadikan Idola kerana Baginda mula mentadbir negara ketika berusia 17tahun dan Pandai menyusun Startegi untuk menjatuhkan pihak musuh. Baginda masih muda dan Baginda sudahpun menawan Kota Konstantinopel iaitu nama sekarangnya Istanbul(islam keseluruhannya) Baginda juga sama seperti kita ketika masih kanak kanak Baginda suka bermain dan tidak berminat untuk menimba Ilmu. Perkara ini amat ditakuti oleh ayahanda baginda iaitu Sultan Murad II, Sultan Keenam Kerajaan Uthmaniah Turki. Selepas dibincang oleh bondanya. Sultan Murad telah melantik Ulama terkemuka iaitu Syeikh Samsudin Al-Wali bagi mengajar Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda dirotan kerana kedegilannya dan menangis sepanjang hari. Keesokkan harinya baginda berubah fikiran utuk menimba ilmu. Semakin lama semakin Bijak. Baginda juga di ajar ilmu perang. Ketika berusia 16tahun. Sultan Murad II telah menyerahkan sekejap urusan pentadbiran negara kepada baginda. Dan ketika itulah Maharaja konstatinopel cuba untk menipu dan menghancurkan Kerajaan Uthmaniah turki. Kerana kebijaksanaan baginda. Guru guru yang dihantar oleh pihak maharaja Konstatinopel diusir keluar dari istana lalu maharaja tersebut marah kerana tipu helahnya dipatahkan oleh remaja yang berusia 16tahun.

Tiba masanya.
Sudah tiba masanya untuk Sultan Muhammad Al-Fateh menawan kota konstatinopel. Beliau Memanggil dan memilih Tentera yang akan dibawanya untuk menawan kota Konstatinopel dengan cara 'Siapa yang pernah tinggalkan solat 5waktu sepanjang hayat mereka sila duduk' hampir separuh daripada mereka duduk. 'siapa antara mereka yang tinggalkan solat tahajud sila duduk' suku dari mereka duduk. Dan berkata Sultan Muhammad Al-Fateh 'Mereka inilah yang akan kubawa bersamaku untuk menawan kota konstatinopel kelak. Tentera inilah yang terbaik. Allah akan memberikan Kemenangan kepada kita kerana tentera tentera ini tidak pernah meninggalkan solat mereka' Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda." Baginda Rasulullah telah bersabda 'Kota Konstatinopel akan ditawan oleh Sultan yang baik, Tentera yang baik serta rakyat yang baik' dan hadis ini telah dibuktikan oleh zaman kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda dibantu oleh Ulama terkemuka Syeikh Samsudin Al Wali. Baginda dipimpin oleh Ulama tersebut. Seramai 250000 tentera telah dibawa dan 70kapal perang. Baginda juga mempunyai Meriam pertama di dunia dan menghancurkan Tembok besar konstatinopel. Ketika mereka Bertakbir, Kuatnya sehinggakan menakutkan dan melemahkan tentera musuh. Baginda bijak menyusun stratergi untk menawan kota suci itu. Satu demi Satu kejayaan dimiliki oleh baginda Dibantu oleh Allah maha kuasa. 

Hampiri kejayaan.
Ketika sudah sampai ke puncak, Baginda menghadapi kesukaran kerana tentera berkapal tidak boleh melepasi Golden Horn. Baginda meminta petunjuk dari Allah supaya untk melepasi Golden Horn. Selepas solat Isya. Baginda Tetidur dan bermimpi Kapal Kapal itu Dilayarkan di atas daratan dan melepasi gunung ganang untuk sampai ke pintu hadapan kota konstatinopel. Baginda terjaga dari mimpi dan terus memanggil ketua tentera berkapal untk membincangkan hal itu. Pada keesokan malamnya Mereka menghalakan Kapal Kapal di daratan. Dengan Izin Allah kapal itu dengan senangnya Berlayar diatas daratan merentasi gunung ganang. Secara Logiknya amat mustahil untuk melayarkan kapal di atas daratan tetapi dengan izin Allah Ianya berlaku. Subahanallah. Kapal Kapal itu terus sampai ke pintu hadapan kota Suci itu. Tentera musuh sedang tidur dan lalai terkejut ketika diserang dan ketika itu Golden Horn telah pun Ditawan oleh tentera Islam. Alhamdulillah. Ketika mendengar berita sultan Muhammad Al-Fateh telah memasuki kota itu. Maharaja berasa takut lalu menyuruh paderi dan yang lain terus berarak meminta pertolongan dari tuhan mereka. Ketua Paderi membawa Salib Besar ketika berarak. Suatu peristiwa telah mengejutkan mereka. Salib yang sudah beratus tahun lamanya itu patah dan paderi paderi mula menangis dan menyatakan mereka akan ditawan oleh tentera islam. Mereka ketakutan kerana mereka sangkakan mereka akan mati dibunuh oleh tentera islam. Pada masa yang sama, Tentera islam sedang mentakbir memuji nama Allah dan suara mereka semua itu semakin melemahkan semangat tentera musuh.

Kemenangan dikecapi
Hari itu menentukan segalanya, Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya selesai solat subuh dan Baginda memberikan Kata Kata Semangat. Mereka bersiap dan Bertakbir sepanjang perjalanan menuju ke kota suci itu. Dan mulalah perang. Tentera Islam Seperti Singa kelaparan. Stu persatu musuh dijatuhkan oleh mereka dengan bantuan Allah. Saingan bertambah sengit ketika Maharaja Konstatinopel melaungkan kata 'Jika ada yang membunuh Sultan Muhammad Al-Fateh akan aku bagi ganjaran' Kini giliran tentera Islam pula di asak. Dalam keadaan itu Sultan Muhammad Melaungkan Takbir dan ketika itu juga Tentera Islam terus BANGKIT ! Menentang Musuh mereka. Hassan Ulubate Seorang daripada tentera Islam dan Juga Rakan kepada Sultan Muhammad Al-Fateh menumbangkan satu persatu musuh islam dengan laungan ALLAHUAKBAR serta membawa panji berlari dan melibas pedang ke arah musuh. Melihat itu Semakin bertambah lagi Semangat Tentera Islam. Hassan Ulubate menaiki puncak kota itu untuk Meletakkan Panji Islam di situ. Ketika itu Hassan Ulubate dihujani anak panah yang tidak henti henti menusuk ke belakangnya. Beliau tetap berlari dan melibas kepala musuh dan akhirnya beliau berjaya memacakkan PANJI ISLAM ITU dan Hassan Ulubate syahid. Melihat itu Sultan Muhammad Al-Fateh melaungkan Takbir Berulang kali dan Baginda bertemu dngn maharaja untk melawan. Ternyata Baginda bukan lawan Maharaja. Maharaja hampir saja dipancung kepala tetapi maharaj meludah di muka baginda. Baginda terus berpaling dan terus berjalan kerana ketika baginda hendak membunuh Maharaja dengan niat untuk menawan kota itu dan berjihad tetapi lepas diludah baginda berada dalam keadaan marah jadi baginda membatalkan niat baginda. Maharaja terus bangun untuk membunuh Baginda lalu datang seorang rakan baginda memancung kepala dan mengangkat kepala itu ! ' Aku sudah membunuh maharaja konstatinopel dan ini buktinya !' sambil menunjukkan kepala maharaja tersebut. 'Kita telah menang, ALLAHUAKBAR berulangkali dilaungkan dan disambut dengan penuh kesyukuran. Tentera musuh mengaku kalah dan ditahan

Aya Sophia
'kami membenarkan kamu semua menganut agama asal kamu dan kamu harus membayar kepada kami cukai atau kamu boleh menganut agama kami' kata baginda kepada ketua penduduk disitu. 'saya hairan, kenapa tuan tidak membunuh kami? malah tuan memberikan layanan yang baik terhadap kami' dan baginda menjawab 'Islam mengajar kami supaya membuat baik terhadap tawanan perang. Berikan layanan yang baik terhadap tawanan perang. kami cuma meminta kamu satu sahaja. Kami mahukan Aya Sophia menjadi masjid kami' 'TIDAK BOLEH! itu adalah Geraja Teragung kami' bantah ketua penduduk itu. lalu Baginda menjawab 'kami sudah membebaskan kamu dan kamu juga mempunyai banyak gereja disini. Saya cuma minta Aya Sophia dijadikan Masjid. tidakkah itu susah?' 'baiklah. Kamu ambil lah Aya Sophia itu.' 

Pelantikan Imam Pertama Masjid Aya Sophia
Ketika baginda memasuki Aya Sophia. Baginda sujud dan melakukan solat sunat dua rakaat. Kerja pembersihan Aya Sophia dilakukan oleh tentera Islam. Setelah selesai semua, Baginda Melantik Syeikh Samsudin menjadi imam besar Aya Sophia tetapi ditolak dengan alasan dia tidak layak memegang jawatan tersebut. Maka baginda melakukan pemilihan lagi 'Siapa yang pernah meninggalkan puasa walaupun sehari sila duduk' hampir separuh dari mereka duduk. 'Siapa yang pernah meninggalkan Solat Tahajud sila duduk' dan kesemua mereka duduk dan yang berdiri hanya lah sultan Muhammad Al-Fateh. Dan ketika itu mereka akui Raja mereka itu adalah yang terbaik. Mereka melakukan solat jumaat disitu dan diimam kan oleh Baginda Sultan. Dan ketika itu, Kerana penduduk situ melihat kebaikan tentera islam dan baginda sultan. Mereka Berpakat untuk menganut agama islam. Masyaallah ! Dan dari situ lah Baginda memberi nama Negeri itu Istanbul(islam keseluruhannya)